Poly 50!

Siapa kata SPMLS tidak aftif? Hakikatnya tidak. SPMLS telah menyertai Poly 50 pada 9hb November 2011. Poly 50 adalah acara tahunan dianjurkan oleh Politeknik Singapura dan Kelab Sukan Politeknik Singapura, di mana setiap kumpulan harus berlari sebanyak 50 pusingan! Malah, SPMLS telah menghantar 2 pasukan :D

Berbekalkan semangat yang jitu, SPMLS telah berjaya menghabiskan larian walaupun ada kegenjotan yang berlaku semasa acara itu. SPMLS merempuh panas mentari, kepenatan yang amat mendugakan dan berlari bersama yang lain. Walaupun tidak mendapat tempat 10 ke atas, pencapaian SPMLS amat dibanggakan!

SYABAS! :)

Setelah 50 pusingan...

Share Your Food Day 2011

Sebelum datangnya bulan Syawal yang mulia, 5 ahli SPMLS telah menyahut jemputan Kaki Buki CCMAEC untuk menggembeleng tenaga untuk sama-sama menjayakan acara “Share Your Food Day 2011″ yang telah berlangsung pada 21hb Ogos 2011 di Park RC Centre, Blk 550, Bedok Avenue 1.

Acara ini adalah acara di mana bantuan dalam bentuk habuan makanan dan bubur telah diberikan kepada lebih 100 penduduk-penduduk memerlukan yang menetap di kawasan itu. Ahli SPMLS yang hadir pula menyingsing lengan untuk menyediakan habuan makanan itu dan membantu dalam segi pendaftaran para penduduk yang layak menerimanya. Bukan itu sahaja, para ahli SPMLS turut mengagihkan habuan itu dan juga beramah mesra bersama penduduk-penduduk yang hadir.

Acara ini telah diserikan lagi oleh Encik Ong Ye Kung, Penasihat kepada Kaki Bukit GPOs. Ucapan terima kasih juga patut diberikan kepada NTUC Fairprice Foundation, Sheng Siong, Khong Guan, Sheik Abdul Kader Al Jalani Makan Place Pte Ltddan lain-lain badan yang telah memberi sumbangan kepada “Share Your Food Day 2011″ ini. Tahniah Kaki Bukit CCMAEC di atas usaha yang murni ini! :)

Untuk gambar-gambar selanjutnya, sila lungsuri lelaman ini: https://picasaweb.google.com/116805564648948657006/ShareYourFoodDay2011?authkey=Gv1sRgCNWZvLDg8JmaogE

Jom!

Jom! :)

 Salam Ahli-Ahli SPMLS!(:

Pada tanggal 8hb Oktober 2011, akan berlangsungnya Collegiate Symposium 2011: Your Beacon To Success. Acara ini dianjurkan oleh Mendaki Club dan Politeknik Republik.

Hari/Tarikh : Sabtu, 8hb Oktober 2011
Masa : 1.00ptg to 5.30ptg (Pendaftaran bermula 1.00ptg)
Tempat : Republic Cultural Centre, Republic Polytechnic, 9 Woodlands Avenue 9 (S)738964

Untuk maklumat lanjut, lungsuri lelaman: http://www.mendakiclub.org.sg/symposium/

Jom pegi jom! :)

Tahniah Keturunan Putera!(:

Keturunan Putera Menang Besar di Suara Serumpun 2011(:

Pada 20hb September, ahli-ahli Keseri Puthera telah diketengahkan dalam Berita Harian dalam artikel bernama “DIKIR SP MENANG BESAR”. Artikel ini terletak di muka surat 10 dalam seksyen “Ekstra Rancak”.

Menewaskan politeknik-politeknik yang lain, Keturunan Putera, kumpulan Dikir Barat lelaki Politeknik Singapura telah menggondol:

  • Awok-Awok Terbaik
  • Paluan Terbaik
  • Juara Terbaik
  • Johan bagi keseluruhan Piala Suara Serumpun 2011.

Pencapaian ini amat membanggakan sekolah dan juga persatuan kami ini kerana berjaya membawa pulang hadiah walaupun sudah lama tidak bertanding dalam pertandingan sebegini. Dan kepada kumpulan Dikit Barat Wanita kami, Seri Thera, jangan putus asa ya! Teruskan perjuangan anda. Tahniah kepada mereka! :D

Balik Kempong… Jom!!!

Assalamualaikum!!!

k agk lmbt sikit ye nk update… =p

alhamdulillah acara Balik Kempong… Jom! telah pun selesai dan kejayaannya sama-sama kita rasai. semoga ukhuwah yang terbina kekal sampai bila-bila, semakin lama semakin rapat.

=)

BALIK KEMPONG JOM! :D